Fellowship 2021

Fakulti Farmasi Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon yang berkelayakan dalam bidang farmasi yang berkaitan untuk memohon program Fellowship Tenaga Pengajar di Fakulti Farmasi UiTM Kampus Puncak Alam.

PROGRAM FELLOWSHIP TENAGA PENGAJAR FAKULTI FARMASI

Bidang-bidang Pengajaran di Fakulti

  • Amalan Farmasi/Farmasi Klinikal
  • Farmaseutik
  • Farmaseutikal Sains Hayat
  • Farmakologi
  • Kimia Farmaseutikal

 

 

JADUAL GAJI MINIMUM-GAJI MAKSIMUM SKIM PENSYARAH FARMASI (Gred DUF45)

GRED GAJI

GAJI MINIMUM

GAJI MAKSIMUM

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN

DUF45

RM 3,070.00

RM 11,095.00

255.00

 

SYARAT PERMOHONAN

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia dan Bumiputera;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Memiliki kelayakan Ijazah sarjana muda dengan kepujian dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dengan HPNG 3.00 dan ke atas.
  4. Telah mendapat tawaran atau sedang mengikuti program Ijazah sarjana dalam bidang farmasi di Fakulti Farmasi UiTM.
  5. Calon yang telah berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) akan diberikan keutamaan.
  6. Bebas dari ikatan kontrak dengan mana-mana pihak penaja KECUALI calon mendapat kebenaran bertulis untuk pemindahan kontrak berkhidmat ke UiTM.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon hendaklah memiliki Kepujian (Minima Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum gred lantikan boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

  1. Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:
    1. Kad Pengenalan
    2. Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
    3. Diploma, Ijazah Sarjana Muda (bidang Farmasi), Ijazah Sarjana (Skrol dan Trankskrip Akademik Terperinci)
    4. Salinan Sijil Pendaftaran Ahli Farmasi dari Lembaga Farmasi Malaysia (jika ada)
  1. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  1. Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.
  1. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak universiti selepas enam (6) bulan dari tarikh ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Fellowship Fakulti Farmasi UiTM yang boleh diperoleh dengan melayari laman web Fakulti Farmasi, UiTM di https://pharmacy.uitm.edu.my/ atau muatturun dipautan di bawah.

Borang Permohonan Fellowship Fakulti Farmasi UiTM

atau juga boleh didapati di Fakulti Farmasi UiTM Kampus Puncak Alam. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Khamis, 15 April 2021

Sila hantar permohonan kepada

TIMBALAN PENDAFTAR

FAKULTI FARMASI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SELANGOR

KAMPUS PUNCAK ALAM

42300 BANDAR PUNCAK ALAM

SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

NO.TEL: (03) 3258 4607 / 4780 / 4724

EMAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Contact Us

Faculty of Pharmacy
Level 11, FF1 Building
UiTM Selangor, Puncak Alam Campus
42300 Bandar Puncak Alam

Selangor. MALAYSIA

pharmacyuitm@uitm.edu.my
farmasiuitm@gmail.com

Tel : +603 - 32584645
Fax : +603 - 32584602