ARAHAN DAN KEPERLUAN PENILAIAN CALON SARJANA MUDA SEPENUH MASA SESI 1 2021/2022 (KEMASUKAN OKT 2021)

FAKULTI FARMASI

 

ARAHAN AM

Temuduga bagi program Sarjana Muda Farmasi dengan Kepujian (PH240) Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan dijalankan di atas talian sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diwartakan oleh Kerajaan Malaysia.

Penilaian temuduga terbahagi kepada dua peringkat iaitu (1) saringan awal dan (2) temuduga. Bagi penilaian awal (saringan), saudara/i yang telah memenuhi syarat khas permohonan dikehendaki:

  1. Memuatnaik dokumen sokongan melalui pautan Google Form yang disediakan.
  2. Menjawab satu penilaian secara atas talian
  3. Menyediakan satu video berdurasi 1 minit mengenai topik yang ditetapkan

Saudara/i akan dipanggil untuk menduduki temuduga secara atas talian yang akan diadakan pada Jun 2021 sekiranya melepasi saringan awal.

SARINGAN AWAL (FASA 1)

MEMUATNAIK DOKUMEN SOKONGAN MELALUI PAUTAN GOOGLE FORM YANG DISEDIAKAN

Calon yang menerima panggilan temuduga perlu membuat salinan dokumen sokongan dan dimuatnaik ke pautan Google Form di https://forms.gle/Ryq9excsKddFxkje9 bermula dari  24 Mei 2021 sehingga 31 Mei 2021. Senarai dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:-

  1. Surat panggilan Temu Duga
  2. Sijil Diploma/Matrikulasi/Asasi/PASUM/STPM
    [Transkrip penuh semester satu (1) hingga semester akhir pengajian]
  3. Sijil / Slip Keputusan SPM
  4. Keputusan MUET / Slip Daftar MUET
  5. Sijil kelahiran Calon
  6. Kad Pengenalan Calon
  7. Sijil kelahiran dan kad pengenalan ibu dan bapa
  8. CV / resume calon terkini

Kegagalan menghantar dokumen sokongan yang lengkap akan menyebabkan saudara/i tidak dipertimbangkan sebagai calon jaya.

Nota: Semua dokumen yang dimuatnaik adalah dengan kerelaan calon dan hanya akan digunakan untuk tujuan permohonan kemasukan ke UiTM sahaja. UiTM berhak menolak permohonan calon sekiranya didapati calon / pelajar mengemukakan dokumen palsu.

MENJAWAB PENILAIAN SECARA ATAS TALIAN

  1. Calon yang menerima panggilan temuduga bersyarat perlu menduduki satu penilaian atas talian.
  2. Arahan dan kaedah penilaian dinyatakan di pautan seperti berikut: https://bit.ly/3bOyalV
  3. Calon hanya boleh menjawab sekali sahaja untuk penilaian atas talian.
  4. Tempoh masa menjawab penilaian dari 24 Mei sehingga 31 Mei 2021. 
  5. Kegagalan melengkapkan penilaian akan menyebabkan saudara/i tidak akan dipertimbangkan sebagai calon jaya ke peringkat seterusnya.

MENYEDIAKAN SATU VIDEO BERDURASI 1 MINIT MENGENAI TOPIK YANG DITETAPKAN

  1. Kaedah dan arahan menjalani penilaian dan kriteria penghasilan video dinyatakan di pautan berikut: ARAHAN PENYEDIAAN VIDEO BERDURASI 1 MINIT
  2. Calon hanya boleh menghantar satu video sahaja.
  3. Kegagalan menghantar video akan menyebabkan saudara/i tidak akan dipertimbangkan sebagai calon jaya ke peringkat seterusnya.
  4. Tarikh akhir untuk menghantar video adalah pada 31 Mei 2021 (5.00 petang).

SARINGAN KEDUA (FASA 2)

TEMUDUGA ATAS TALIAN

  1. Sekiranya melepasi saringan awal, saudara/i akan dipanggil untuk menduduki temuduga atas talian.
  2. Butiran mengenai temuduga atas talian ini boleh didapati di pautan berikut: https://qrgo.page.link/f2YyG
  3. Temuduga akan diadakan pada 9 Jun 2021.
  4. Temuduga ini memerlukan saudara/i untuk melalui beberapa stesen di mana setiap stesen memerlukan saudara/i untuk menjawab soalan tertentu. Saudara/i perlu memastikan sambungan internet adalah stabil sepanjang sesi temuduga.
  5. Calon akan dinilai dari pelbagai aspek bukan kognitif seperti kemahiran komunikasi, kemahiran penaakulan, pemikiran kritis, kepimpinan dan penyelesaian masalah.

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi:

EN. MUHAMMAD ASHRAF CHE ANI

(Penolong Pendaftar Akademik)

:

03-32584650

Shahrul Nizam Abu Samah

(Pegawai Eksekutif (Akademik))

:

03-32584601

BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK

Fakulti Farmasi (Urusetia)         

:

03-32584747

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Kaedah ini HANYA terpakai bagi Sesi Akademik 1 2021/2022 berikutan Pandemik COVID-19 yang sedang melanda Malaysia ketika ini.

Terima kasih.

 

 

Contact Us

Faculty of Pharmacy
Level 11, FF1 Building
UiTM Selangor, Puncak Alam Campus
42300 Bandar Puncak Alam

Selangor. MALAYSIA

pharmacyuitm@uitm.edu.my
farmasiuitm@gmail.com

Tel : +603 - 32584645
Fax : +603 - 32584602