Iklan Jawatan Kosong Akademik

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan Tetap di Fakulti Farmasi UiTM Kampus Puncak Alam.

PROFESOR (GRED KHAS) / PROFESOR MADYA (GRED DUF53) / PENSYARAH (GRED DUF53/DUF51/DUF45)

Bidang-bidang:

·      Amalan Farmasi/Farmasi Klinikal

·       Farmaseutik

·      Sains Hayat Farmaseutikal

·       Farmakologi

·      Kimia Farmaseutikal

 

JADUAL GAJI SKIM MINIMUM-MAKSIMUM PENSYARAH FARMASI (GRED DUF)

GRED GAJI

GAJI MINIMUM

GAJI MAKSIMUM

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN

Gred Khas A

RM 8,465.66

RM 17,331.46

9%

Gred Khas B

RM 7,788.05

RM 15,900.42

9%

Gred Khas C

RM 7,189.63

RM 14,587.54

9%

DUF53

RM 6,162.00

RM 13,235.00

320.00

DUF51

RM 5,855.00

RM 12,445.00

290.00

DUF45

RM 3,070.00

RM 11,095.00

255.00

 

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

  1. Warganegara Malaysia;

  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

  3. KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DUF45
    1. Ijazah sarjana dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Farmasi Malaysia.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred DUF45: RM3,070.00);
      atau
      Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Farmasi Malaysia.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred DUF45: RM3,380.37).
      Dan memiliki
    2. Ijazah sarjana muda dengan kepujian dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

  4. KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DUF51
    1. Mempunyai kelayakan seperti diatas;
    2. Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
    3. Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred DUF51: RM5,855.00).

  5. KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DUF53 (PROFESOR MADYA)
    1. Mempunyai kelayakan seperti diatas;
    2. Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan
    3. Memmpunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred DUF53: RM6,162.00).

  6. KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED KHAS C (PROFESOR)
    1. Mempunyai kelayakan seperti diatas;
    2. Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan
    3. Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan
      (Gaji permulaan ialah pada Gred Khas C: RM7,190.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (Minima Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum gred lantikan boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

  1. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan jabatan Kerajaan/Badan berkanun/Separa Kerajaan mestilah melalui Ketua Jabatan.

  2. Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:
    1. Kad Pengenalan/ Pasport
    2. Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
    3. Diploma, Ijazah Sarjana Muda (bidang Farmasi), Ijazah Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik Terperinci)
    4. Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambilkira pengalaman kerja/ penetapan gaji
    5. Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan Kerajaan/Badan Berkanun/Separa Kerajaan yang sedang berkhidmat)
    6. Salinan Sijil Pendaftaran Ahli Farmasi dari Lembaga Farmasi Malaysia

  3. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan Kerajaaan/Badan berkanun/Separa Kerajaan yang tidak memohon melalui ketua jabatan tidak akan diproses.

  4. Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.

  5. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak universiti selepas enam (6) bulan dari tarikh ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperoleh dengan melayari laman web Fakulti Farmasi, UiTM di https://pharmacy.uitm.edu.my. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

Tarikh tutup penerimaan permohonan ialah pada hari Khamis, 15 Julai 2021

BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG AKADEMIK

SILA HANTAR PERMOHONAN KEPADA: -

TIMBALAN PENDAFTAR
FAKULTI FARMASI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SELANGOR
KAMPUS PUNCAK ALAM
42300 BANDAR PUNCAK ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
NO.TEL: (03) 3258 4607 / 4780 / 4724

EMAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Contact Us

Faculty of Pharmacy
Level 11, FF1 Building
UiTM Selangor, Puncak Alam Campus
42300 Bandar Puncak Alam

Selangor. MALAYSIA

pharmacyuitm@uitm.edu.my
farmasiuitm@gmail.com

Tel : +603 - 32584645
Fax : +603 - 32584602