ARAHAN DAN KEPERLUAN PENILAIAN CALON SARJANA MUDA SEPENUH MASA SESI 1 2022/2023 (KEMASUKAN OKT 2022)

FAKULTI FARMASI

ARAHAN AM

Temuduga bagi program Sarjana Muda Farmasi dengan Kepujian (PH240) Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan dijalankan di atas talian sejajar.

Penilaian temuduga terbahagi kepada dua peringkat iaitu (1) saringan awal dan (2) temuduga. Bagi penilaian awal (saringan), saudara/i yang telah memenuhi syarat khas permohonan dikehendaki:

  1. Memuatnaik dokumen sokongan melalui pautan Google Form yang
  2. Menyediakan satu video berdurasi 90 saat mengenai topik yang ditetapkan

Saudara/i akan dipanggil untuk menduduki temuduga secara atas talian yang akan diadakan pada Jun 2022 sekiranya melepasi saringan awal.

1. SARINGAN AWAL (FASA 1)

A. MEMUATNAIK DOKUMEN SOKONGAN MELALUI PAUTAN GOOGLE FORM YANG DISEDIAKAN.

Calon yang menerima panggilan temuduga perlu membuat salinan dokumen sokongan dan dimuatnaik ke pautan Google Form di https://forms.gle/Ryq9excsKddFxkje9 bermula dari 26 Mei 2022 sehingga 29 Mei 2022. Senarai dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:-

  1. Surat panggilan Temu Duga
  2. Sijil Diploma/Matrikulasi/Asasi/PASUM/STPM
    [Transkrip penuh semester satu (1) hingga semester akhir pengajian]
  3. Sijil / Slip Keputusan SPM
  4. Keputusan MUET / Slip Daftar MUET
  5. Sijil kelahiran Calon
  6. Kad Pengenalan Calon
  7. Sijil kelahiran dan kad pengenalan ibu dan bapa
  8. CV / resume calon terkini

Kegagalan menghantar dokumen sokongan yang lengkap akan menyebabkan saudara/i tidak dipertimbangkan sebagai calon jaya.

Nota: Semua dokumen yang dimuatnaik adalah dengan kerelaan calon dan hanya akan digunakan untuk tujuan permohonan kemasukan ke UiTM sahaja. UiTM berhak menolak permohonan calon sekiranya didapati calon / pelajar mengemukakan dokumen palsu.

B. MENYEDIAKAN SATU VIDEO BERDURASI 90 SAAT MENGENAI TOPIK YANG DITETAPKAN

  1. Kaedah dan arahan menjalani penilaian dan kriteria penghasilan video dinyatakan di pautan berikut: https://tinyurl.com/PH240-20224
  2. Calon hanya boleh menghantar satu video
  3. Kegagalan menghantar     video     akan    menyebabkan    saudara/i     tidak     akan dipertimbangkan sebagai calon jaya ke peringkat
  4. Tarikh akhir untuk menghantar video adalah pada 29 Mei 2022 (5.00 petang).

Tatacara bagi penyediaan video

2. SARINGAN KEDUA (FASA 2)

 A. TEMUDUGA ATAS TALIAN

  1. Sekiranya melepasi saringan awal, saudara/i akan dipanggil untuk menduduki temuduga atas talian.
  2. Butiran mengenai temuduga atas talian ini boleh didapati di pautan berikut: https://tinyurl.com/PH240-20224
  3. Temuduga akan diadakan pada 8 Jun 2022
  4. Temuduga ini memerlukan saudara/i untuk melalui beberapa stesen di mana setiap stesen memerlukan saudara/i untuk menjawab soalan tertentu. Saudara/i perlu memastikan sambungan internet adalah stabil sepanjang sesi temuduga.
  5. Calon akan dinilai dari pelbagai aspek bukan kognitif seperti kemahiran komunikasi, etika, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, serta profesionalisme.

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai
(waktu / hari bekerja sahaja) :

PN. AZLINDA HJ MOHAMAD NOR
(Penolong Pendaftar Kanan)
: 03-3258 4650
EN. SHAHRUL NIZAM ABU SAMAH
(Pegawai Eksekutif)
: 03-3258 4601
BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK
Fakulti Farmasi (Urusetia)
: 03-3258 4747 

 

 

Calon juga boleh menyertai talian telegram https://t.me/+c47SmVfAIOcxMmY1 untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai temuduga

Kaedah ini HANYA terpakai bagi Sesi Akademik 1 2022/2023 berikutan Pandemik COVID-19 yang sedang melanda Malaysia ketika ini.

 

Terima kasih.

Contact Us

Faculty of Pharmacy
Level 11, FF1 Building
UiTM Selangor, Puncak Alam Campus
42300 Bandar Puncak Alam

Selangor. MALAYSIA

pharmacyuitm@uitm.edu.my
farmasiuitm@gmail.com

Tel : +603 - 32584645
Fax : +603 - 32584602