ARAHAN DAN KEPERLUAN PENILAIAN CALON
SARJANA MUDA SEPENUH MASA
SESI 1 2020/2021 (KEMASUKAN OKT 2020)
FAKULTI FARMASI
ARAHAN AM
Temu duga bagi semua program di bawah Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) tidak dapat dilaksanakan secara bersemuka bagi Sesi Akademik 1 2020/2021. Perkara ini ekoran daripada Pandemik COVID-19 yang tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagaimana yang diwartakan oleh Kerajaan Malaysia.
Bagi tujuan penilaian calon, saudara/saudari yang telah memenuhi syarat permohonan dikehendaki menjawab Penilaian secara atas Talian serta memuatnaik Dokumen Sokongan melalui pautan Google Form yang disediakan.
- PENILAIAN ATAS TALIAN
- Calon perlu menduduki penilaian melalui pautan capaian yang dimuatnaik di https://qrgo.page.link/i9iuT pada 3 Jun 2020. Tempoh masa pautan akan aktif adalah bermula dari 3 Jun 2020 sehingga 8 Jun 2020.
- Calon dikehendaki menjawab TIGA (3) komponen penilaian yang dikemukakan dalam tempoh masa yang diberikan..
- Komponen penilaian adalah seperti berikut:
- Ujian Atas Talian
- Rakaman Suara
- Panggilan Suara/Video
- Calon hanya boleh menjawab sekali sahaja untuk semua komponen penilaian ini. Calon akan dibahagikan kepada kumpulan kecil bagi sesi menjawab soalan. Senarai kumpulan akan disediakan di link yang sama.
- Sila pastikan nombor telefon yang dimasukkan adalah nombor yang boleh dihubungi dan dilengkapi dengan kemudahan panggilan video (whatsapp/etc).
- Kegagalan melengkapkan penilaian ini akan menyebabkan saudara/saudari tidak akan dipertimbangkan sebagai calon jaya.
- DOKUMEN YANG PERLU DIMUATNAIK
Calon perlu membuat Salinan dokumen sokongan dan dihantar melalui pautan Google Form di https://forms.gle/42sanY2HjrYE4bWK7 sebelum/pada 8 Jun 2020. Senarai dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:-- Surat Panggilan Temu Duga
- Sijil Diploma/Matrikulasi/Asasi/PASUM/STPM
- Sijil SPM
- Keputusan MUET
- Sijil kelahiran
- Kad Pengenalan
- Sijil kelahiran dan kad pengenalan ibu dan bapa
- CV/Resume calon terkini
Kegagalan menghantar dokumen sokongan yang lengkap akan menyebabkan saudara/saudari tidak dipertimbangkan sebagai calon jaya.
Semua dokumen yang dimuatnaik adalah dengan kerelaan calon dan hanya akan digunakan untuk tujuan permohonan kemasukan ke UiTM sahaja. UiTM berhak menolak permohonan calon sekiranya didapati calon/pelajar mengemukakan dokumen palsu. (akan dihalusi oleh PUU UiTM)
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi: | ||
Puan Nor Haizah Mokhtar | : | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
Penolong Pendaftar Kanan (Akademik) | 03-32584650 / 012-3696596 | |
Unit Akademik | : | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
Fakulti Farmasi | 03-32584747/017-644 2069 | |
Dr. Nor Amlizan Ramli | : | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
Timbalan Dekan Akademik | 03-32584669 |
Kaedah ini HANYA terpakai bagi Sesi Akademik 1 2020/2021 berikutan Pandemik COVID-19 yang sedang melanda Malaysia ketika ini.
Terima Kasih.