Anugerah Kecemerlangan Majlis Dekan Farmasi Malaysia

Anugerah Kecemerlangan Majlis Dekan Farmasi Malaysia diadakan untuk mengiktiraf dan menjadi pendorong kepada ahli akademik bidang farmasi dalam penyelidikan dan inovasi PdP. Anugerah ini disertai oleh 6 buah Universiti Awam yang menawarkan program farmasi (Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti kebangsaan Malaysia (UKM).

Anugerah Kecemerlangan Majlis Dekan Farmasi (MDF) ini terbahagi kepada DUA (2) kategori iaitu Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan Farmasi dan Anugerah Kecemerlangan Pengajaran & Pembelajaran Farmasi. Anugerah ini akan diberikan secara tahunan kepada ahli akademik terbaik yang telah melepasi syarat minimum yang ditetapkan daripada setiap UA.

Setiap Universiti Awam boleh mencalonkan hanya DUA (2) calon terbaik setiap kategori anugerah untuk penilaian. Jawatankuasa pemilihan bagi setiap anugerah adalah terdiri daripada enam (6) pakar bidang yang mewakili pelbagai UA dan dipilih oleh MDF, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Urusetia Anugerah akan dilakukan secara bergilir antara UA. Anugerah yang diberikan adalah dalam bentuk sijil pengiktirafan daripada MDF. Pencalonan akan dibuka pada bulan Julai dan pengumuman penerima akan diadakan pada bulan November setiap tahun.

Anugerah Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran MDF
Anugerah Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran MDF (Keseluruhan)

  • Dr Mohd Shahezwan Abd Wahab

Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan MDF

  • Profesor Madya Dr. Syed Adnan Ali Shah

Contact Us

Faculty of Pharmacy
Level 11, FF1 Building
UiTM Selangor, Puncak Alam Campus
42300 Bandar Puncak Alam

Selangor. MALAYSIA

pharmacyuitm@uitm.edu.my
farmasiuitm@gmail.com

Tel : +603 - 32584645
Fax : +603 - 32584602